Sinopsis Keseluruhan Novel
Cerita ini bermula dengan situasi perjalanan mengayuh basikal oleh Johari, Firdaus dan Azlina. Perjalanan mereka dari Kampung Bukit Kapar ke Pantai Morib Baru adalah untuk menyahut cabaran datuk. Jarak perjalanan mereka sejauh 50 kilometer. Firdaus sentiasa merungut sepanjang perjalanan kerana destinasi mereka sangat jauh dan dia berasa letih. Johari dan Azlina memberikan dorongan semangat dan pelbagai nasihat agar perjalanan mereka diteruskan. Tujuan Johari mengajak Firdaus dan Azlina adalah untuk mengajar mereka supaya mereka menjadi lasak, berdikari dan berani. Firdaus berasa bangga kerana berjaya mengayuh basikal hingga Pantai Morib Baru. Kawan-kawan Firdaus berasa bangga atas kemampuan dan kejayaan Firdaus mengayuh basikal. Akhirnya, Firdaus insaf dan sedar serta tidak bersikap angkuh.

Sinopsis Bab demi Bab
Bab 1
Johari, Firdaus dan Azlina mengayuh basikal dari Kampung Bukit Kapar ke Pantai Morib Baru kerana menyahut cabaran datuk. Jarak perjalanan tersebut sejauh 50 kilometer. Firdaus sentiasa merungut sepanjang perjalanan kerana destinasinya jauh dan berasa letih. Johari dan Azlina memberi dorongan semangat dan pelbagai nasihat agar perjalanan mereka diteruskan. Tanpa kerelaan diri, Firdaus terpaksa meneruskan perjalanan tersebut.
Bab 2
Firdaus terus merungut dan berasa menyesal sepanjang perjalanan. Beliau berasa letih kerana lama mengayuh basikal. Kepanasan cahaya matahari yang begitu lama menambahkan lagi keletihan Firdaus. Firdaus menyatakan kekesalan kerana menyertai Johari dan Azlina dan menganggap perjalanan sebagai perjalanan gila.
Bab 3
Azlina adik kepada Firdaus sangat berani dan tabah. Walaupun sebagai seorang perempuan, dia mempunyai semangat dan daya juang yang tinggi. Meskipun berasa letih, Azlina tetap ingin meneruskan perjalanan kerana mengikut sepupunya Abang Johari. Johari sentiasa memberi nasihat dan dorangan kepada Azlina sebagai pembakar semangat untuk meneruskan perjalanan.
Bab 4
Johari mempunyai hasrat tersirat sebab Firdaus dan Azlina perlu menyertai perjalanan berbasikal. Tujuan Johari agar dapat mengajar Firdaus dan Azlina supaya tabah dan kuat menghadapi cabaran. Selain itu, Johari mengharap agar Firdaus dan Azlina menjadi seorang yang lasak, berdikari dan berani.
Bab 5
Firdaus berdendam terhadap adiknya, Azlina. Johari yang memainkan peranan untuk mengubah sikap Firdaus. Johari berjanji pada dirinya untuk menghentikan perasaan api dendam dan benci akan Firdaus terhadap adiknya, Azlina. Johari tidak menduga bagaimana Firdaus boleh mendendami adiknya sendiri, Azlina.
Bab 6
Firdaus mula berasa bangga kerana perjalanan mengayuh basikal telah berakhir kerana berjaya sampai ke destinasi Pantai Morib Baru. Firdaus tidak terduga kerana dapat berkayuh basikal sejauh 50 kilometer. Firdaus berasa bangga atas kejayaannya sampai ke Pantai Morib Baru. Firdaus gembira kerana ketibaannya telah disambut oleh kawan-kawannya Sazali, Mokhsin, Salim dan Mazlinda. Kawan-kawan Firdaus berasa bangga atas kemampuan dan kejayaan Firdaus mengayuh basikal.
Bab 7
Firdaus sampai di Pantai Morib Baru dan bergembira dengan kawan-kawannya. Johari dan Azlina sengaja membicarakan tindakan Firdaus menghabiskan masa bersama dengan rakan-rakan. Johari dan Azlina turut gembira dan bangga kerana Firdaus akhirnya berjaya sampai ke destinasi perjalanan, Pantai Morib Baru.
Bab 8
Azlina berbual-bual dengan Kasmadiana tentang perjalanan berbasikal di pantai. Kasmadiana memuji ketabahan dan kemampuan Azlina berbasikal sejauh 50 kilometer. Azlina memberitahunya bahawa dia mengikuti Abang Johari dan menyahut cabaran datuknya. Kasmadiana memberitahu bahawa abangnya Karman bersama Johari dan Tamrin merancang hendak mengelilingi Malaysia dengan berbasikal. Semasa perbualan, mereka didatangi oleh Sazali dan Moksin bertanya sama ada benar kenyataan yang diberikan oleh Firdaus bahawa dia sampai dahulu ke Pantai Morib. Azlina menafikan dan mengatakan bahawa mereka berdua telah ditipu.
Bab 9
Firdaus bermimpi semasa tidur dalam khemah. Dalam mimpi itu, Firdaus banyak mendapat pujian daripada Mazlinda. Selain itu, dia merasa bertuah kerana dapat berjumpa dengan kawan pujaannya Mazlinda. Moksin dan Sazali telah mengetahui kisah sebenar dan cuba mendapat kepastian daripada Firdaus. Firdaus cuba menafikan tetapi setelah dipaksa, akhirnya dia mengaku bahawa dia telah berbohong. Dalam mimpi itu, Firdaus telah lemas dan menjerit meminta tolong sehingga terjaga. Firdaus menerima sindiran tajam daripada Mazlinda, Johari dan Azlina. Mulai saat itu, Firdaus telah sedar dan insaf.
Bab 10
Johari membawa berita tentang Firdaus yang ingin pulang sendiri. Azlina terkejut dengan tindakan abangnya dan merasa bimbang. Johari cuba menenangkan Azlina dan memberi penjelasan bahawa Firdaus mampu, yakin dan boleh berdikari selepas pengalaman yang dilalui.
Bab 11
Firdaus membuat keputusan untuk pulang sendiri. Dia mengetahui Johari dan Azlina telah pulang dahulu. Kesempatan itu digunakan oleh Firdaus dan rakan-rakannya untuk mandi manda di pantai. Semasa mandi, Firdaus betul-betul lemas kerana cuba menyelamatkan Mazlinda yang pura-pura lemas. Firdaus telah diselamatkan oleh Mazlinda kerana dia sebenarnya pandai berenang. Peristiwa itu telah menyedarkan dan menginsafkan Firdaus agar tidak bercakap bohong dan bersikap angkuh lagi.
Tema
Novel ini membawa tema masalah dan konflik seorang remaja yang menghadapi cabaran dalam hidup. Firdaus seorang individu yang berada dalam keadaan dicabar dan mencabar. Bukan mudah untuk menghadapi cabaran dan bukan semua orang suka dicabar. Firdaus seorang anak muda yang dicabar oleh orang yang akrab dalam keluarga
Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya:

i. Persoalan jiwa remaja yang mudah memberontak
Contoh: Firdaus seorang anak muda yang cepat mengalah dan tidak tahan
menerima cabaran. Akibatnya dia selalu sahaja merungut dan memberontak
apabila mengalami kesusahan.
ii. Persoalan keprihatinan dan kemurahan hati terhadap insan lain
Contoh: Johari sentiasa membantu sepupunya apabila ditimpa kemalangan.
Beliau cepat-cepat datang memberi bantuan kepada Firdaus dan Azlina
ketika jatuh dari basikal.
iii. Persoalan keberanian mengharungi rintangan
Contoh: Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4
sanggup menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer.
Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai daya juang yang tinggi dan
penyabar.
iv. Persoalan keinsafan setelah sedar dari kesilapan
Contoh: Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan
kesilapan. Beliau seorang yang panas baran, pembohong dan bersifat
angkuh. Selepas peristiwa lemas di pantai, dia mula sedar dan insaf dari
kesalahannya.
v. Persoalan usaha dan kerjasama menghasilkan kejayaan
Contoh: Johari, Firdaus dan Azlina berjaya mengayuh basikal dan sampai
ke destinasi Pantai Morib Baru. Mereka berjaya kerana usaha yang gigih
dan bekerjasama semasa dalam perjalanan.
No comments:
Post a Comment