CONTENTS

Friday, 1 July 2016

Kata Majmuk



Definisi:
Proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna yang tertentu.

Bentuk-bentuk kata majmuk:
1.       Kata Majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas.
Contoh:
gambar rajah
kuning langsat
biru laut
jalan raya
luar biasa
merah muda
tengah hari
jam tangan
kapal terbang
nasi minyak
bandar raya
bom tangan
alat tulis
meja tulis
terima kasih
kipas angin

*kategori ini juga termasuk gelaran
Perdana Menteri, Ketua Menteri, Raja Muda, Duta Besar, Naib Canselor, Profesor Madya, Penolong Pendaftar, Setiausaha Politik, Ketua Setiausaha Negara.
2.       Kata Majmuk berbentuk istilah khusus.
Contoh;
garis pusat
kertas kerja
cari gali
pita suara
darah panas
reka bentuk
model linear
mata pelajaran
kanta lekap
segi tiga
batu kapur

atur cara
kemas kini


3.       Kata Majmuk berbentuk kiasan (peribahasa)
Contoh:
kaki ayam
pilih kasih
duit kopi
kaki bangku
makan angin
buah tangan
manis mulut
anak emas
buah hati
berat tangan

Bentuk ejaan kata majmuk yang telah mantap dieja sebagai satu perkataan.
antarabangsa
kerjasama
suruhanjaya
beritahu
olahraga
tandatangan
bumiputera
matahari
tanggungjawab
jawatankuasa
setiausaha
warganegara
kakitangan
sukarela
pesuruhjaya



Terdapat juga golongan kata tertentu yang telah lazim dieja bercantum.
Contohnya:
a.       Kata nama
peribadi, peribahasa, perikemanusiaan, dinihari, hulubalang
b.      Kata adjektif
sukacita, dukacita
c.       Kata sendi nama
kepada, daripada
d.      Kata hubung
apabila, barangkali, manakala, darihal, apakala, padahal, walhal, kadangkala
e.      Kata tanya
bagaimana

Penggandaan Kata Majmuk
Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sesuatu kata sahaja.
Contohnya:
Tunggal
Jamak
alat tulis
alat-alat tulis
gambar rajah
gambar-gambar rajah
balai raya
balai-balai raya
kapal terbang
kapal-kapal terbang
Menteri Besar
Menteri-menteri besar
suku kata
suku-suku kata
garis pusat
garis-garis pusat

Penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap; penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur. Contohnya:
Tunggal
Jamak
pesuruhjaya
pesuruhjaya-pesuruhjaya
warganegara
warganegara-warganegara
tandatangan
tandatangan-tandatangan
jawatankuasa
jawatankuasa-jawatankuasa
setiausaha
setiausaha-setiausaha










Pengimbuhan kata majmuk
a)      Kata Majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah.
Contohnya:
campur aduk      -              bercampur aduk
ambil alih             -              mengambil alih
daya serap          -              daya serapan
ulang kaji             -              mengulang kaji

b)      Kata majmuk yang menerima imbuhan apitan, ejaannya dieja secara bercantum.
Contohnya:
campur aduk      -              mencampuradukkan
ambil alih             -              pengambilalihan
daya serap          -              kedayaserapan
ulang kaji             -              pengulangkajian

2 comments: