Definisi:
Proses merangkaikan dua
kata dasar atau lebih yang membawa makna yang tertentu.
Bentuk-bentuk
kata majmuk:
1.
Kata Majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas.
Contoh:
gambar rajah
|
kuning langsat
|
biru laut
|
jalan raya
|
luar biasa
|
merah muda
|
tengah hari
|
jam tangan
|
kapal terbang
|
nasi minyak
|
bandar raya
|
bom tangan
|
alat tulis
|
meja tulis
|
terima kasih
|
kipas angin
|
*kategori ini
juga termasuk gelaran
Perdana Menteri,
Ketua Menteri, Raja Muda, Duta Besar, Naib Canselor, Profesor Madya, Penolong
Pendaftar, Setiausaha Politik, Ketua Setiausaha Negara.
2.
Kata Majmuk berbentuk istilah khusus.
Contoh;
garis pusat
|
kertas kerja
|
cari gali
|
pita suara
|
darah panas
|
reka bentuk
|
model linear
|
mata pelajaran
|
kanta lekap
|
segi tiga
|
batu kapur
|
|
atur cara
|
kemas kini
|
|
3. Kata Majmuk berbentuk kiasan
(peribahasa)
Contoh:
kaki ayam
|
pilih kasih
|
duit kopi
|
kaki bangku
|
makan angin
|
buah tangan
|
manis mulut
|
anak emas
|
buah hati
|
berat tangan
|
Bentuk ejaan kata majmuk
yang telah mantap dieja sebagai satu perkataan.
antarabangsa
|
kerjasama
|
suruhanjaya
|
beritahu
|
olahraga
|
tandatangan
|
bumiputera
|
matahari
|
tanggungjawab
|
jawatankuasa
|
setiausaha
|
warganegara
|
kakitangan
|
sukarela
|
pesuruhjaya
|
Terdapat juga golongan kata
tertentu yang telah lazim dieja bercantum.
Contohnya:
a.
Kata
nama
|
peribadi, peribahasa, perikemanusiaan, dinihari, hulubalang
|
b.
Kata
adjektif
|
sukacita, dukacita
|
c.
Kata
sendi nama
|
kepada, daripada
|
d.
Kata
hubung
|
apabila, barangkali, manakala, darihal, apakala, padahal, walhal, kadangkala
|
e.
Kata
tanya
|
bagaimana
|
Penggandaan Kata Majmuk
Penggandaan kata majmuk melibatkan
penggandaan unsur pertama sesuatu kata sahaja.
Contohnya:
Tunggal
|
Jamak
|
alat tulis
|
alat-alat
tulis
|
gambar rajah
|
gambar-gambar
rajah
|
balai raya
|
balai-balai
raya
|
kapal terbang
|
kapal-kapal terbang
|
Menteri Besar
|
Menteri-menteri
besar
|
suku kata
|
suku-suku kata
|
garis pusat
|
garis-garis
pusat
|
Penggandaan yang melibatkan bentuk yang
telah mantap; penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur. Contohnya:
Tunggal
|
Jamak
|
pesuruhjaya
|
pesuruhjaya-pesuruhjaya
|
warganegara
|
warganegara-warganegara
|
tandatangan
|
tandatangan-tandatangan
|
jawatankuasa
|
jawatankuasa-jawatankuasa
|
setiausaha
|
setiausaha-setiausaha
|
Pengimbuhan kata majmuk
a)
Kata
Majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya tetap
terpisah.
Contohnya:
campur aduk - bercampur aduk
ambil alih - mengambil alih
daya serap - daya serapan
ulang kaji - mengulang kaji
b)
Kata
majmuk yang menerima imbuhan apitan, ejaannya dieja secara bercantum.
Contohnya:
campur aduk - mencampuradukkan
ambil alih - pengambilalihan
daya serap - kedayaserapan
ulang
kaji - pengulangkajian
Boekkklahhh
ReplyDeleteMantav
ReplyDelete