1. Kata
perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan menimbulkan gerak balas yang
berupa tindakan. Ayat perintah berfungsi sebagai ayat yang bermaksud suruhan,
permintaan, silaan ataupun larangan.
2. Contoh kata perintah:
a. Suruhan
– tolong
b. Permintaan
– minta, harap
c. Silaan
– sila, jemput
d. Larangan
– jangan, usah.
3. Contoh penggunaan kata perintah dalam ayat:
a. Tolong
kembalikan buku cerita saya.
b. Minta
semua peserta bersedia.
c. Harap
saudara faham masalah saya.
d. Sila masuk.
e. Jemput
makan.
f.
Jangan berdiri di situ.
g. Usah
kamu fikirkan kisah yang sudah berlalu.
4. Kesilapan
4.1 penggabungan
kata perintah.
a. Sila
jangan merokok di kawasan ini. (X)
b. Tolong
jangan bising di dalam perpustakaan. (X)
c. Harap
jangan memijak rumput ini. (X)
d. Jangan
merokok di kawasan ini. (√)
e. Jangan
bising di dalam perpustakaan. (√)
f.
Jangan memijak rumput ini. (√)
*Imbuhan meN- pada kata kerja
transitif harus digugurkan dalam ayat perintah.
*Imbuhan awalan kata kerja tak
transitif harus dikekalkan dalam ayat perintah.
No comments:
Post a Comment