Terdapat
dua jenis kata pemeri iaitu:
i.
adalah
ii.
ialah
Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan
frasa kerja.
KATA PEMERI
|
MAKSUD
|
AYAT CONTOH
|
ialah
|
-
menunjukkan
persamaan
-
hadir
di hadapan frasa nama
|
1.
Rumah
yang cantik itu ialah rumah En. Mazlan.
2.
Emak
ialah seorang guru.
3.
Agama
rasmi Negara ialah agama Islam.
|
Adalah
|
- menunjukkan huraian atau keterangan.
- Hadir di hadapan frasa adjektif dan
frasa sendi
|
1.
Meja
yang dibeli itu adalah daripada kayu jati.
2.
Warna
kasut abang adalah hitam.
3.
Tujuan
pertandingan itu diadakan adalah untuk mencungkil bakat baru.
|
Nota :
1. Pada umumnya, kata pemeri tidak boleh
hadir bersama-sama dengan kata nafi.
SALAH
|
BETUL
|
Siswazah yang baru lulus
itu ialah bukan pengetua maktab.
Arahan itu adalah
bukan untuk semua pegawai.
|
Siswazah yang baru lulus
itu bukan pengetua maktab.
Arahan itu bukan untuk semua pegawai.
|
2. Kata pemeri boleh wujud dalam binaan kata
nafi + frasa adjektif.
Contoh binaan kata nafi + kata
adjektif:-
i.
Tidak
benar
ii.
Tidak
cantik
iii.
Tidak
adil
Contoh ayat:
Laporan itu adalah tidak benar.
Keputusan itu adalah tidak adil.
3. Kata pemeri TIDAK BOLEH hadir di hadapan frasa kerja atau kata
kerja. Penggunaan kata pemeri adalah dalam ayat-ayat berikut dianggap
menyalahi tatabahasa Bahasa Melayu.
Contoh:-
i.
Adalah
diberitahu sekolah akan ditutup esok.
Struktur
ayat yang betul ialah:
Dengan
ini diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
Anda
diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
Ibu
Bapa diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
Tuan-tuan
diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
Dengan
hormatnya diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
ii.
Adalah
diisytiharkan bahawa
Hari Raya Puasa jatuh pada hari Selasa.
Struktur ayat yang betul ialah:
Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh
pada hari Selasa.
iii.
Kegagalan
projek itu adalah disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan syarikat itu.
Struktur ayat yang betul ialah:-
Kegagalan projek itu disebabkan oleh kecuaian
pihak pengurusan syarikat itu.
No comments:
Post a Comment