Friday, 1 July 2016

Kata Ganti Nama Singkat



KATA GANTI NAMA DIRI SINGKAT
1.             Maksud:
                Kata ganti nama diri yang telah disingkatkan.

2.             Contoh:
Kata Ganti Diri Pertama
Penerangan
Ayat Contoh
kau
Asal daripada kata ‘engkau’. Digunakan pada awal kata yang dirapatkan dengan kata yang menyertainya.
1. “Surat ini hendaklah kaubaca,” pinta Encik Hazim.

2. Lukisan yang kaulukis sangat cantik sekali.
ku
Asal daripada kata ‘aku’. Digunakan pada awal atau akhir kata yang ditulis rapat.
1. Kata Dina, “Lagu ini kutujukan untuk Shida yang berada di Johor.”

2. “Aduh, sakitnya kakiku!” kata Dol.
mu
Asal daripada kata ‘kamu’. Digunakan pada akhir kata sahaja.
1. Hasratmu akan aku tunaikan.

2. “Adikmu pandai menyanyi,” kata Zuraini kepada Syafiqah.
nya
Asal daripada kata ganti nama diri ketiga (dia). Digunakan pada akhir kata sahaja.
1. Kakaknya menuntut di luar negara.

2. Setiap kesalahan akan menerima balasan daripada-Nya.

3.             Bentuk kesilapan
                a.  Tidak ditulis rapat kata ganti nama diri singkatan dengan kata yang menyertainya.
               
SALAH
BETUL
“Warna apa yang kau minati?” tanya Azim kepada Syafiq.
“Warna apa yang kauminati?” tanya Azim kepada Syafiq.
“Kawan ku ini berasal dari Sabah,” kata Arif kepada Sayuti.
“Kawanku ini berasal dari Sabah,” kata Arif kepada Sayuti.
               
                b.  Tidak boleh menggunakan kata singkatan sebagai subjek ayat.
SALAH
BETUL
Mu berdua tidak bekerja hari ini?” tanya Enzik Azwan.
“Kamu berdua tidak bekerja hari ini?” tanya Enzik Azwan.
Kau belum mandi lagi, Man?” tanya ibu kepada Rosman.
“Engkau belum mandi lagi, Man?” tanya ibu kepada Rosman.

                c.  Tidak menggunakan tanda sempang dan huruf besar bagi kata singkatan berkaitan dengan Tuhan.
SALAH
BETUL
Ya Allah, aku memohon keampunanmu.
Ya Allah, aku memohon keampunan-Mu.
Tuhan akan sentiasa mengampunkan dosa hambanya.
Tuhan akan sentiasa mengampunkan dosa hamba-Nya.










No comments:

Post a Comment